Saturday, November 4, 2017
DOORGIFT SABUN KAHWIN MINI LOVE
Penyatuan dua jiwa berlandaskan halal itu indah sekali kan?
Berdebar menanti disatukan sebagai pasangan yang kita cinta mungkin itu lah dinamakan kebahagiaan.
Perkahwinan itu tanggungjawab yang sangat besar untuk digalas.
Perlukan pengorbanan,perlukan tolak ansur,perlukan persefahaman.
Bukan mudah dan lebih juga bergantung pada nasib dan takdir.
Kerana kita akan bertemu dengan seorang manusia yang luar biasa.
Manusia yang luar biasa lain dari kita.
Cara berfikir , tabiat , perangai dan lain-lain.
Sedangkan adik beradik sendiri pun kita boleh bergaduh kerana perselisihan faham.
Inikan pula hidup sebumbung dengan orang yang asing dan berlainan jantina.
Sebelum melangkah ke alam perkahwinan yang penuh pancaroba,
abadi kan majlis perkahwinan dengan rasa bahagia,rasa manis dan romantik.
Mungkin perkahwinan hanya sekali dan biarlah sekali itu meninggalkan memori yang indah buat kita dan juga tetamu yang datang mendoakan kita.
Tetamu yang hadir dimajlis perlu dirai.Kerana mereka,majlis menjadi berseri-seri.
Gembira kan mereka dengan pemberian cenderahati kahwin simbol cinta dan kasih sayang.
Tanda kita menghargai.......
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.